Monday, December 26, 2011

Cuti Krismas

selamat menyambut perayaan krismas buat yang beragama kristian....semoga dimusim cuti
perayaan ini kita lebih berhati-hati di jalan raya...lebih-lebih lagi yang bermotosikal....hargailah nyawa kita....

Thursday, April 7, 2011

Cobaan....






Cobaan yang serba tidak menjadi untuk pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing dalam kategori WIRA pada pusingan pertama kejohanan Cub-Prix di Kangar (26 & 27 Mac 2011) yang lalu. Aksi sulung pasukan baru ini dihampakan oleh kerosakan teknikal dan "tuah" yang tidak menyebelahi untuk pasukan ini. Berikut adalah catatan ringkas perlumbaan pertama bagi pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing:-


#56 - Luqman Shakeimi Hakim: WIRA 'A'

Bermula dengan agak baik pada sesi latihan bebas dengan catatan masa 49.156s dan berada di posisi ke-7 daripada 22 orang pelumba. Kerosakan pada sistem transmisi semasa sesi catatan masa meletakkan beliau di posisi ke-14 untuk permulaan sesi saringan pada hari Ahad. Agak malang bagi Luqman kerana terjatuh pada sesi saringan ketika beliau bersaing untuk tempat ke 4 pada ketika itu namun berjaya menghabiskan sesi tersebut di tempat ke-11 sahaja dengan catatan masa 46.860s. Berdasarkan catatan masa ini, beliau mampu berada di posisi ke-4 untuk sesi saringan bagi kumpulan A namun apakan daya...tuah tidak bersama Luqman.


#65 - Has Fauzan Hassan: WIRA 'B'

Permulaan yang begitu meyakinkan apabila mendapat posisi pertama semasa sesi Latihan Bebas sebelah pagi dengan catatan masa 48.235s. Pada sesi catatan masa sebelah petang, Has hanya mampu berada di posisi ke-5 dengan catatan masa 46.890s. Nasib tidak bersama Has apabila dihampakan dengan masalah mekanikal pada sesi saringan yang diadakan pada hari Ahad. M-Lube-HONDA-TPB hampa dan kecewa jua.....cuma tidak merana ajer....


#55 - Mohd Rabilfirli: WIRA 'B'

Permulaan yang agak perlahan daripada Mohd Rabil apabila hanya sekadar berada di posisi ke-9 dengan catatan masa 50.+++s berpunca daripada sistem elektrik yang gagal berfungsi sepenuhnya. Semasa sesi catatan masa, beliau menduduki posisi ke-13 dengan catatan masa 48.98+s. Sesi saringan yang berlangsung pada hari Ahad pada sebelah pagi menyaksikan beliau berjaya layak ke final dengan menduduki tempat ke-8 dengan catatan masa 47,224s. Bermula pada grid ke-16 pada sesi final, Mohd Rabil berjaya memungut 3 mata berharga bagi pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing dengan menduduki posisi ke-13 daripada 20 peserta final. Rabil turut kecewa dengan prestasinya kerana beliau yakin mampu berada di posisi yang lebih baik sekiranya faktor keletihan tidak melanda dirinya. Mohd Rabil berlumba di dalam 2 kategori berasingan iaitu HONDA ONE MAKE RACE di mana beliau terjatuh semasa sesi final ketika berada di posisi 1 & 2.


Semoga perlumbaan di Batu Kawan nanti akan mampu menghadirkan sesuatu untuk pasukan M-LUBE HONDA TPB Racing. Jumpa di sana bro.....





Thursday, February 24, 2011

Test 2 - Cesi & Enjin 20-Feb-2011




Bertempat di Litar Dato' Sagor, Kampung Gajah, Perak..TPB Racing bersama-sama dengan armada kecil sekitar 10 kru termasuk rider-rider (Luq, Has & Rab), kami dengan rasminya bertempur dengan kenderaan perang terbaru untuk musim 2011. Sesi kali ini adalah untuk membuat pelarasan suspensi, pemilihan spesifikasi enjin dan juga menguji ketahanan jentera 2011. Alhamdulillah cuaca amat baik sekali pada hari tersebut mengizinkan kami menguji jentera dari pagi sehingga ke petang. Secara keseluruhan rider-rider berjaya menghabiskan sekitar 8+ pusingan dengan jayanya namun begitu terdapat sedikit masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan melanda pada salah sebuah jentera TPB Racing. Berdasarkan sesi ujian ini, masih banyak lagi aspek teknikal yang perlu diperbaiki sebelum perlumbaan pusingan pertama siri kejuaraan PETRONAS Cub Prix berlangsung pada 26 & 27 Mac nanti. Nasib baik jadual ditunda...kalau tidak, makan-minum-tidor kat dalam bengkel lah Cip Rijal oii....

Monday, January 17, 2011

Engine Test 15-Jan-2011




New year with new machine....TPB Racing telah melakukan sesi ujian tidak rasmi pada 15 Januari lalu bertempat di Batu Kawan (kena permit jugak rupanye ye....) untuk menguji ketahanan dan spesifikasi jentera 2011. Alhamdulillah, keadaan cuaca yang baik mengizinkan TPB Racing menguji 2 unit jentera dengan spesifikasi yang berbeza dan mendapat data-data yang amat menggalakkan. Secara keseluruhan persiapan jentera adalah sekitar 70% pada ketika ini. TPB Racing masih lagi berusaha untuk mendapatkan lebih HP untuk menghasilkan keputusan yang kompetitif pada Kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2011.

Friday, December 31, 2010

No 1 Padang Kota.....





Syukur Alhamdulillah....berkat doa dan usaha daripada krew dan pelumba # 23, Pasukan GH-TPB Racing telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang untuk pusingan terakhir dalam kalendar cubprix 2010. MS # 99 pula terpaksa menelan air liur tatkala podium pertama yang berada didalam gengamannya dihampakan dengan masalah mekanikal ketika perlumbaan berbaki 2 pusingan sahaja lagi (dahla masa saringan kena "jump start", serba tak menjadi kali ni noo...). Bagi kelas WIRA pula Mohd Fareedzuan telah berjaya menduduki tempat ke-9 pada sesi Final. Tahniah diatas usaha keras yang ditunjukkan oleh beliau ketika bersaing sengit dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman daripadanya. Malang pulak kepada Muhd Faris dalam kategori HONDA ICON apabila terbabit dalam kemalangan semasa sesi Final berlangsung. Secara keseluruhannya keputusan pada kali ini adalah bercampur...sedih ada, gumbira pun ada, cuma ada rasa lega skit sebab Faris tidak mengalami kecederaan yang serius. Untuk tahun hadapan, GH-TPB Racing mungkin melakukan sedikit perubahan dari segi kategori perlumbaan. GH-TPB Racing telah berjaya mendapat 13 podium bagi kategori Persendirian ini sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2009. GH-TPB Racing ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada famili kami, kengkawan yang memberi sokongan, para pelumba yang pernah berlumba untuk pasukan kecil ini dan juga kepada pihak MODENAS yang telah menaja jentera kami..adios, jumpa lagi tahun hadapan dengan wajah baru...sebelum kita melingkup jom kita pi pekena pasemboq, perut dah lapaq dah ni...aikk...mana plak tokey aku ni...pi makan dah ka??

2, 4 & 5 di Sepang




Alhamdulillah
........sekali lagi GH-TPB Racing berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada perlumbaan yang berlangsung di Sepang bagi kelas Persendirian. Podium bagi pasukan GH-TPB Racing dihadiahkan oleh MS # 99, setelah bersaing sengit dengan Haikal # 42 yang menunggang Suzuki. Mohd Hafiz # 23 mendapat tempat ke-4 sementara MAMI # 26 pula mendapat tempat ke-5. Pertama kali dalam sejarah pasukan GH-TPB Racing berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan kedudukan 5 teratas. Sementara itu pula Muhd. Faris Ahmad Tajuddin telah berjaya melakukan rekod pusingan terpantas bagi kelas "HONDA ICON" semasa sesi latihan bebas dan kelayakan berlangsung. Malang bagi Muhd Faris apabila jentera ICONnya mengalami masalah teknikal semasa sesi Final dilangsungkan. Pada perlumbaan kali ini, GH-TPB juga menampilkan seorang pelumba baru dari bumi kenyalang iaitu Mohd Fareedzuan untuk kategori WIRA. Kejayaan melangkah ke Final dan mengutip mata (tempat ke-11) merupakan satu pengalaman yang amat berharga kerana Litar Sepang ini merupakan aksi sulungnya dalam kancah perlumbaan cubprix. Jumpa kita di Padang Kota untuk pusingan terakhir cubprix 2010 sambil-sambil tu boleh pekena nasi kandaq noo....

Friday, December 10, 2010

MS Mengganas Lagi di Pekan, Pahang




Alhamdulillah....sekali lagi pasukan GH-TPB Racing berjaya meraih keputusan yang memberangsangkan pada siri kejohanan cub-prix yang berlangsung di Litar Go-Kart Pekan Pahang. Perasaan gembira bercampur duka apabila MAMI (#26) mendapat khabar bahawa adik kesayangannya telah kembali kerahmatullah sebelum sesi final berlangsung. Sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat Allah S.W.T. Keputusan penuh untuk pasukan GH-TPB Racing adalah seperti berikut:-

1. MS #99 - Ke-2
2. AHAM # 23 - Ke-4.
(Abdul Hafiz Majid).

Perlumbaan pada kali ini diungguli oleh Muhd. Haikal yang menunggang Suzuki. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang..jumpa di Sepang..