Saturday, October 2, 2010

Lagi Episod Malang MF # 22 - WIRA





Apakan daya apabila MF # 22 gagal melangkah ke Final kelas WIRA pada pusingan ke-7, di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sesi ujian masa yang berlangsung di dalam keadaan litar yang basah menyebabkan MF hilang kawalan dan mengakibatkan kerosakan serius pada "holder fork" (biasanya pomen panggil kaki tiga). MF berjaya menduduki petak ke-8 pada sesi saringan namun kerosakan yang dialami oleh jentera # 22 memaksa beliau berhenti pada lap yang ke-2. Keputusan Final WIRA diungguli oleh pasukan MOTUL YY Pang, sementara keputusan terbaik MODENAS pula diperolehi oleh Md. Syawaluddin (ke-6) dan Affif Amran (ke-7) daripada pasukan MODENAS Forty One Racing.

Friday, October 1, 2010

Juara di Melaka - MS # 99



Alhamdulillah...sekali lagi pasukan GH-TPB Racing telah berjaya menjuarai kelas Persendirian pada pusingan ke-7, kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub-Prix, di Stadium Hang Jebat, Melaka. Kemenangan ini merupakan podium yang ke-3 bagi musim 2010 untuk pasukan GH-TPB Racing. Kejayaan manis MS # 99 di Melaka turut di sertai oleh kaum famili MS yang datang dari Taiping yang begitu gembira dengan pencapaian MS. Sementara itu seorang lagi pelumba GH-TPB Racing iaitu Muhd Hafiz hanya mampu menduduki tempat ke-6 gara-gara lambat mendapat pelarasan jentera akibat kesilapan teknikal semasa sesi latihan bebas berlangsung. Keputusan Top 3 bagi kelas ini adalah seperti berikut:-

1. Muhd Syawal Md Noor # 99 - MODENAS CT110
2. Mohd Haikal # 42 - SUZUKI Smash Revo.
3. Mohd Fhahimin # 69 - YAMAHA Lagenda (member sekampung Syawaltu....)