Thursday, April 7, 2011

Cobaan....






Cobaan yang serba tidak menjadi untuk pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing dalam kategori WIRA pada pusingan pertama kejohanan Cub-Prix di Kangar (26 & 27 Mac 2011) yang lalu. Aksi sulung pasukan baru ini dihampakan oleh kerosakan teknikal dan "tuah" yang tidak menyebelahi untuk pasukan ini. Berikut adalah catatan ringkas perlumbaan pertama bagi pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing:-


#56 - Luqman Shakeimi Hakim: WIRA 'A'

Bermula dengan agak baik pada sesi latihan bebas dengan catatan masa 49.156s dan berada di posisi ke-7 daripada 22 orang pelumba. Kerosakan pada sistem transmisi semasa sesi catatan masa meletakkan beliau di posisi ke-14 untuk permulaan sesi saringan pada hari Ahad. Agak malang bagi Luqman kerana terjatuh pada sesi saringan ketika beliau bersaing untuk tempat ke 4 pada ketika itu namun berjaya menghabiskan sesi tersebut di tempat ke-11 sahaja dengan catatan masa 46.860s. Berdasarkan catatan masa ini, beliau mampu berada di posisi ke-4 untuk sesi saringan bagi kumpulan A namun apakan daya...tuah tidak bersama Luqman.


#65 - Has Fauzan Hassan: WIRA 'B'

Permulaan yang begitu meyakinkan apabila mendapat posisi pertama semasa sesi Latihan Bebas sebelah pagi dengan catatan masa 48.235s. Pada sesi catatan masa sebelah petang, Has hanya mampu berada di posisi ke-5 dengan catatan masa 46.890s. Nasib tidak bersama Has apabila dihampakan dengan masalah mekanikal pada sesi saringan yang diadakan pada hari Ahad. M-Lube-HONDA-TPB hampa dan kecewa jua.....cuma tidak merana ajer....


#55 - Mohd Rabilfirli: WIRA 'B'

Permulaan yang agak perlahan daripada Mohd Rabil apabila hanya sekadar berada di posisi ke-9 dengan catatan masa 50.+++s berpunca daripada sistem elektrik yang gagal berfungsi sepenuhnya. Semasa sesi catatan masa, beliau menduduki posisi ke-13 dengan catatan masa 48.98+s. Sesi saringan yang berlangsung pada hari Ahad pada sebelah pagi menyaksikan beliau berjaya layak ke final dengan menduduki tempat ke-8 dengan catatan masa 47,224s. Bermula pada grid ke-16 pada sesi final, Mohd Rabil berjaya memungut 3 mata berharga bagi pasukan M-Lube-HONDA-TPB Racing dengan menduduki posisi ke-13 daripada 20 peserta final. Rabil turut kecewa dengan prestasinya kerana beliau yakin mampu berada di posisi yang lebih baik sekiranya faktor keletihan tidak melanda dirinya. Mohd Rabil berlumba di dalam 2 kategori berasingan iaitu HONDA ONE MAKE RACE di mana beliau terjatuh semasa sesi final ketika berada di posisi 1 & 2.


Semoga perlumbaan di Batu Kawan nanti akan mampu menghadirkan sesuatu untuk pasukan M-LUBE HONDA TPB Racing. Jumpa di sana bro.....