Sunday, August 29, 2010

Drama Di Teluk Intan - Privateer



Teluk Intan merupakan venue terbaru di dalam kalendar PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2010. Trek ini terletak di dalam bandar Teluk Intan (berhampiran dengan Stadium Mini Teluk Intan) yang merupakan bandar kelahiran bekas pelumba MotoGP Malaysia iaitu Sdr. Sharol Yuzy Ahmad Zaini. Perlumbaan kali ini juga agak istimewa kepada pelumba-pelumba GH-TPB Racing kerana mereka juga adalah anak kelahiran negeri Perak (Al-maklumlah...depa orang Taiping), dan semestinya berada di atas podium adalah wadah perlumbaan kali ini. Segala-galanya berjalan lancar pada hari pertama (Sabtu-Latihan Bebas dan Ujian Masa Rasmi) di mana kedua-dua pelumba (MS #99 & MH #21) berada di kelompok 5 teratas. Episod malang dimulakan oleh MH semasa Sesi Saringan (Hari Ahad), yang mana pada satu ketika berada di tempat ke-2, mengalami masalah mekanikal apabila tuas gear (Gear Lever) tertanggal pada lap terakhir sesi tersebut. MS # 99 berjaya menduduki tempat ke-2 sementara MH #21 berjaya menghabiskan sesi Saringan di tempat ke-11. Dalam perlumbaan Final pula MS #99, telah terbabas pada lap yang ke-7 (pada kedudukan ke-3, sebelum terbabas) manakala MH # 21 yang bermula pada petak ke-11 berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ke-6. Tahniah juga kepada Hafiz # 23 (FGS Racing, Penang mali...) yang berjaya menduduki podium (Tempat ke-2) setelah berjaya menggasak Md. Alib (#27) pada lap yang ke-9. Keputusan Top-5 bagi kategori ini adalah seperti berikut:

1. Junaidi - Suzuki
2. Hafiz Abd Majid - MODENAS
3. Md. Alib - Yamaha
4. Wan Md. Hadri - MODENAS
5. Roslizan - Yamaha