Friday, December 31, 2010

No 1 Padang Kota.....





Syukur Alhamdulillah....berkat doa dan usaha daripada krew dan pelumba # 23, Pasukan GH-TPB Racing telah berjaya mencatat keputusan yang cemerlang untuk pusingan terakhir dalam kalendar cubprix 2010. MS # 99 pula terpaksa menelan air liur tatkala podium pertama yang berada didalam gengamannya dihampakan dengan masalah mekanikal ketika perlumbaan berbaki 2 pusingan sahaja lagi (dahla masa saringan kena "jump start", serba tak menjadi kali ni noo...). Bagi kelas WIRA pula Mohd Fareedzuan telah berjaya menduduki tempat ke-9 pada sesi Final. Tahniah diatas usaha keras yang ditunjukkan oleh beliau ketika bersaing sengit dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman daripadanya. Malang pulak kepada Muhd Faris dalam kategori HONDA ICON apabila terbabit dalam kemalangan semasa sesi Final berlangsung. Secara keseluruhannya keputusan pada kali ini adalah bercampur...sedih ada, gumbira pun ada, cuma ada rasa lega skit sebab Faris tidak mengalami kecederaan yang serius. Untuk tahun hadapan, GH-TPB Racing mungkin melakukan sedikit perubahan dari segi kategori perlumbaan. GH-TPB Racing telah berjaya mendapat 13 podium bagi kategori Persendirian ini sejak ianya mula diperkenalkan pada tahun 2009. GH-TPB Racing ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada famili kami, kengkawan yang memberi sokongan, para pelumba yang pernah berlumba untuk pasukan kecil ini dan juga kepada pihak MODENAS yang telah menaja jentera kami..adios, jumpa lagi tahun hadapan dengan wajah baru...sebelum kita melingkup jom kita pi pekena pasemboq, perut dah lapaq dah ni...aikk...mana plak tokey aku ni...pi makan dah ka??

2, 4 & 5 di Sepang




Alhamdulillah
........sekali lagi GH-TPB Racing berjaya mendapat keputusan yang cemerlang pada perlumbaan yang berlangsung di Sepang bagi kelas Persendirian. Podium bagi pasukan GH-TPB Racing dihadiahkan oleh MS # 99, setelah bersaing sengit dengan Haikal # 42 yang menunggang Suzuki. Mohd Hafiz # 23 mendapat tempat ke-4 sementara MAMI # 26 pula mendapat tempat ke-5. Pertama kali dalam sejarah pasukan GH-TPB Racing berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan kedudukan 5 teratas. Sementara itu pula Muhd. Faris Ahmad Tajuddin telah berjaya melakukan rekod pusingan terpantas bagi kelas "HONDA ICON" semasa sesi latihan bebas dan kelayakan berlangsung. Malang bagi Muhd Faris apabila jentera ICONnya mengalami masalah teknikal semasa sesi Final dilangsungkan. Pada perlumbaan kali ini, GH-TPB juga menampilkan seorang pelumba baru dari bumi kenyalang iaitu Mohd Fareedzuan untuk kategori WIRA. Kejayaan melangkah ke Final dan mengutip mata (tempat ke-11) merupakan satu pengalaman yang amat berharga kerana Litar Sepang ini merupakan aksi sulungnya dalam kancah perlumbaan cubprix. Jumpa kita di Padang Kota untuk pusingan terakhir cubprix 2010 sambil-sambil tu boleh pekena nasi kandaq noo....

Friday, December 10, 2010

MS Mengganas Lagi di Pekan, Pahang




Alhamdulillah....sekali lagi pasukan GH-TPB Racing berjaya meraih keputusan yang memberangsangkan pada siri kejohanan cub-prix yang berlangsung di Litar Go-Kart Pekan Pahang. Perasaan gembira bercampur duka apabila MAMI (#26) mendapat khabar bahawa adik kesayangannya telah kembali kerahmatullah sebelum sesi final berlangsung. Sama-samalah kita sedekahkan surah Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya di cucuri rahmat Allah S.W.T. Keputusan penuh untuk pasukan GH-TPB Racing adalah seperti berikut:-

1. MS #99 - Ke-2
2. AHAM # 23 - Ke-4.
(Abdul Hafiz Majid).

Perlumbaan pada kali ini diungguli oleh Muhd. Haikal yang menunggang Suzuki. Syabas dan tahniah kepada semua pemenang..jumpa di Sepang..

Saturday, October 2, 2010

Lagi Episod Malang MF # 22 - WIRA





Apakan daya apabila MF # 22 gagal melangkah ke Final kelas WIRA pada pusingan ke-7, di Stadium Hang Jebat, Melaka. Sesi ujian masa yang berlangsung di dalam keadaan litar yang basah menyebabkan MF hilang kawalan dan mengakibatkan kerosakan serius pada "holder fork" (biasanya pomen panggil kaki tiga). MF berjaya menduduki petak ke-8 pada sesi saringan namun kerosakan yang dialami oleh jentera # 22 memaksa beliau berhenti pada lap yang ke-2. Keputusan Final WIRA diungguli oleh pasukan MOTUL YY Pang, sementara keputusan terbaik MODENAS pula diperolehi oleh Md. Syawaluddin (ke-6) dan Affif Amran (ke-7) daripada pasukan MODENAS Forty One Racing.

Friday, October 1, 2010

Juara di Melaka - MS # 99



Alhamdulillah...sekali lagi pasukan GH-TPB Racing telah berjaya menjuarai kelas Persendirian pada pusingan ke-7, kejohanan PETRONAS AAM Malaysian Cub-Prix, di Stadium Hang Jebat, Melaka. Kemenangan ini merupakan podium yang ke-3 bagi musim 2010 untuk pasukan GH-TPB Racing. Kejayaan manis MS # 99 di Melaka turut di sertai oleh kaum famili MS yang datang dari Taiping yang begitu gembira dengan pencapaian MS. Sementara itu seorang lagi pelumba GH-TPB Racing iaitu Muhd Hafiz hanya mampu menduduki tempat ke-6 gara-gara lambat mendapat pelarasan jentera akibat kesilapan teknikal semasa sesi latihan bebas berlangsung. Keputusan Top 3 bagi kelas ini adalah seperti berikut:-

1. Muhd Syawal Md Noor # 99 - MODENAS CT110
2. Mohd Haikal # 42 - SUZUKI Smash Revo.
3. Mohd Fhahimin # 69 - YAMAHA Lagenda (member sekampung Syawaltu....)

Tuesday, September 14, 2010

Round 6 - Privateer Final - 2010 PETRONAS Malaysian Cub Prix Championship



Njoy watching - Malaysian Cub-Prix Round 6, Teluk Intan, Perak

Wednesday, September 8, 2010

Salam Aidilfitri


Sempena Aidilfitri yang mulia pada tahun ini, GH-TPB Racing ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilftri kepada semua kaum keluarga, krew, para pelumba, para petugas Malaysian Cub-Prix (especially marshall yang patah kaki kat Teluk Intan tu...), para sahabat dan kepada semua warga manusia yang mengenali kami. Kami juga menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf kepada anda semua andai terkasar bahasa, terlampau kelakuan, termakan free, apajua kesalahan kami samada sengaja atau "ter..". Selamat berhari raya, berhati-hatilah di jalanraya..Amin!

Sunday, September 5, 2010

Tomizawa Fatal Accident Moto2 San Marino - 05/09/2010



To to the "One and the only Tomizawa" - May God Bless You, Rest In Peace....

Saturday, September 4, 2010

Episod Malang MF - WIRA

Peningkatan yang memberangsangkan bagi MF # 22 pada perlumbaan di Teluk Intan berdasarkan catatan masa pada sesi saringan dan Final. Sebagaimana perlumbaan kelas Privateer, MF juga gagal menamatkan perlumbaan Final pada kali ini apabila mengalami masalah mekanikal (enjin motosikal meragam daa,,,) tatkala menduduki posisi ke-7. Apapun tahniah kepada MF yang berjaya bersaing dengan kompetitif dengan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman dalam kelas WIRA ini. Go MF!

Sunday, August 29, 2010

Drama Di Teluk Intan - Privateer



Teluk Intan merupakan venue terbaru di dalam kalendar PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix 2010. Trek ini terletak di dalam bandar Teluk Intan (berhampiran dengan Stadium Mini Teluk Intan) yang merupakan bandar kelahiran bekas pelumba MotoGP Malaysia iaitu Sdr. Sharol Yuzy Ahmad Zaini. Perlumbaan kali ini juga agak istimewa kepada pelumba-pelumba GH-TPB Racing kerana mereka juga adalah anak kelahiran negeri Perak (Al-maklumlah...depa orang Taiping), dan semestinya berada di atas podium adalah wadah perlumbaan kali ini. Segala-galanya berjalan lancar pada hari pertama (Sabtu-Latihan Bebas dan Ujian Masa Rasmi) di mana kedua-dua pelumba (MS #99 & MH #21) berada di kelompok 5 teratas. Episod malang dimulakan oleh MH semasa Sesi Saringan (Hari Ahad), yang mana pada satu ketika berada di tempat ke-2, mengalami masalah mekanikal apabila tuas gear (Gear Lever) tertanggal pada lap terakhir sesi tersebut. MS # 99 berjaya menduduki tempat ke-2 sementara MH #21 berjaya menghabiskan sesi Saringan di tempat ke-11. Dalam perlumbaan Final pula MS #99, telah terbabas pada lap yang ke-7 (pada kedudukan ke-3, sebelum terbabas) manakala MH # 21 yang bermula pada petak ke-11 berjaya menamatkan perlumbaan di posisi ke-6. Tahniah juga kepada Hafiz # 23 (FGS Racing, Penang mali...) yang berjaya menduduki podium (Tempat ke-2) setelah berjaya menggasak Md. Alib (#27) pada lap yang ke-9. Keputusan Top-5 bagi kategori ini adalah seperti berikut:

1. Junaidi - Suzuki
2. Hafiz Abd Majid - MODENAS
3. Md. Alib - Yamaha
4. Wan Md. Hadri - MODENAS
5. Roslizan - Yamaha

Sunday, July 25, 2010

Sunday, July 18, 2010

Posisi ke-16 Untuk MF


Syabas kepada MF kerana berjaya melangkah ke perlumbaan Final kategori WIRA di Terengganu dan menamatkan perlumbaan di posisi ke-16. Ini merupakan final ke-2 untuk MF yang masih lagi dalam proses menjadi seorang pelumba yang kompetitif. Banyak juga benda-benda baru yang dapat belajar di Litar Stadium Sultan Mizan nih, kerana Litar ini agak teknikal terutamanya untuk mendapat setting sprocket yang betul. Misi MF ke Teluk Intan selepas ini ialah untuk mengutip mata bagi mencapai kedudukan top 15 di akhir musim nanti. Pulun jangan tak pulun yob!

Wednesday, July 14, 2010

Ke-2 di Terengganu

MS dan MH sedang mengejar jentera Yamaha..

Chief Tuner:..mau rilek sat bro...

Podium juga akhirnya.....Muhd Syawal #99


Alhamdulillah...syukur kepada Allah SWT kerana sekali lagi GH-TPB Racing telah berjaya menduduki podium ke-2 pada perlumbaan kelas Persendirian di Stadium Sultan Mizan, Terengganu pada 9 & 10 Julai yang lalu. Ini adalah podium yang ke 2 untuk MS (Muhd Syawal) dan sekaligus mengulangi pencapaian pasukan GH-TPB Racing pada tahun 2009 (tahun lepaih pon dapat nombor 2 juge melalui Mohd Noor Azizi ...). Perlumbaan final 10 pusingan berlangsung agak sengit dan mendebarkan di antara Mohd Alib (#27-Yamaha), MS (#99-MODENAS) dan Alfi Rizal (#65-Yamaha) di mana ketiga-tiga pelumba ini hanya dibezakan dengan jarak masa 0.2xx saat sahaja. Sementara itu MHR (Muhd Haidi Rohim #21) berjaya menduduki tempat ke 4 setelah bersaing hebat dengan pelumba Yamaha (#3, Adik..Penang Mari...). Semoga MS dan MH akan terus melakarkan kejayaan di pusingan seterusnya yang dijadualkan berlangsung di Teluk Intan, Perak.

Sunday, June 27, 2010

Round 4 - Privateer Final - 2010 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Champio...



Aksi Final Privateer Litar Sepang Utara, 12 & 13 Jun 2010.

Friday, June 25, 2010

CP130 - Posisi ke-6






Siapa sangka, cubaan kali pertama GH-TPB Racing di dalam kelas premier CP130 menghasilkan keputusan yang amat membanggakan. MAMI (Mohd Arif Mat Isa) yang menunggang MODENAS, telah berjaya menduduki tempat ke-6 pada final kelas CP130 daripada 19 orang pelumba di Litar Utara Sepang. 10 mata berharga berjaya dikutip oleh MAMI yang kini berada di ranking 14 keseluruhan (daripada 24 pelumba) kelas CP130. Berikut adalah ranking keseluruhan kelas CP130 bagi pelumba-pelumba yang menggunakan jentera MODENAS sahaja:-

Ke-11 Obert (#33) MODENAS Yuzy Pachie
Ke-14 Md Arif Mat Isa (#86) Persendirian (GH-TPB Racing)
Ke-15 Md Hanif Che Ani (#66) MODENAS Yuzy Pachie
Ke-19 Yunazri Yusuff (#34) Persendirian

More result: http://www.malaysiancubprix.com

Wednesday, June 23, 2010

3 Mata Berharga Buat Faris - WIRA

Desmo men'tarbiyah' MF di starting grid...

MF - ushar awek CAGIAVA CILIK tu agaknyer...

MF (Muhd. Faris) telah berjaya mengutip 3 mata (kedudukan final-13) berharga semasa perlumbaan pusingan ke-4 di Litar Sepang Utara pada 12 & 13 Jun yang lalu. MF kini berada pada kedudukan ke-22 daripada 37 pelumba dalam saingan WIRA. Kejayaan layak ke final pada pusingan ke-4 ini dilihat bakal menyuntik semangat baru kepada MF untuk terus mengutip mata pada pusingan seterusnya di Litar Terengganu. Ini adalah perlumbaan sulung MF di Litar Sepang Utara yang masih lagi di dalam proses pembelajaran (baru jer jadi berlumba, race yang ke-3 lah....) namun MF berjaya mengalahkan pelumba-pelumba yang lebih berpengalaman darinya.

Thursday, June 17, 2010

Juara di Sepang Utara




Syukur Alhamdulillah.......GH-TPB Racing berjaya mendapat podium pertama pada tahun ini melalui MS (Muhd. Syawal, No.99) setelah bersaing hebat dengan Wan Mohd Hadri (No.39) yang juga menggunakan jentera MODENAS CT110. Agak malang bagi MH (Muhd. Haidi, No.21), apabila terbabas pada lap yang ke-4 semasa final kelas Persendirian berlangsung. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan juga para krew pasukan yang berusaha 100% untuk mendapatkan pelarasan motosikal yang tepat. Senyum lebar MS apabila menaiki podium di Litar Antarabangsa Sepang pada hari tersebut sambil disaksikan oleh kaum keluarganya yang turut hadir memberikan sokongan dan galakan kepada MS. Semoga MS dan MH dapat meneruskan momentum mereka pada perlumbaan seterusnya di Terengganu.

Thursday, June 10, 2010

Imbasan Cub-Prix Sepang 2009




Pasukan GH-TPB Racing berjaya mendapat tempat pertama pada pusingan ini dalam kategori Persendirian. Mohd. Noor Azizi telah diberikan saingan yang sengit oleh Wazir Abdul Razak sebaik sahaja perlumbaan dimulakan hinggalah ke lap yang terakhir. Mudah-mudahan pada 13 Jun 2010 ini MS atau MH dapat mengulangi rekod kejayaan GH-TPB Racing dalam kategori Persendirian ini. Insya-Allah...

Monday, June 7, 2010

Jadual Terkini PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX



Jadual terkini siri kejohanan yang popular di Malaysia - PETRONAS MALAYSIAN CUBPRIX setakat ini. Nampaknya pusingan ke-6 akan berlangsung di negeri Perak (sebelum ini TBC). Apapun sekarang ini GH-TPB Racing sedang sibuk menyiapkan jentera untuk pusingan ke-4 yang akan berlangsung pada minggu ini di Litar Sepang. Moh le kite ke Sepang.....

Tuesday, June 1, 2010

Piston Izumi-Artikel Dari Seberang



Antara komponen utama sesebuah enjin adalah piston. Ketahanan dan rekabentuk piston mempengaruhi prestasi enjin terutamanya bagi yang menyertai perlumbaan. Semoga artikel dari seberang ini dapat memberi manfaat kepada anda semua yang masih mencari-cari piston yang sesuai untuk jentera lumba kesayangan anda. Motosikal MODENAS iaitu GT128, menggunakan piston buatan Izumi ini (berlainan rekabentuk) yang mempunyai lapisan khas anti-geseran (Molybdenum Coating) sebagai satu ciri istimewa untuk dinikmati oleh pemilik-pemilik GT128. Cuba dulu baru tahu....

Monday, May 31, 2010

When to Change Your Motorcycle Tires

Tips mengenai punca kerosakan tayar motosikal dan tanda-tanda kerosakan tayar.

Wednesday, May 26, 2010

Cub Prix Batu Kawan 2010

Antara penonton dan penyokong yang hadir..........

Muhd. Faris..'ngeletar' dengan 'akak' sebelah tu....

MH meratah selekoh ke-2 dengan rakusnya.....

Starting Final Privateer...

Brader sebelah MS tu pemalu jugak orangnya ye....

Kejohanan Cub Prix pusingan ke-3 telah berlangsung pada 8 & 9 Mei bertempat di stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Penyertaan bagi kategori Persendirian mencatatkan rekod sebanyak 48 penyertaan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan (A & B - MS kumpulan A dan MH kumpulan B). Pada sesi ujian masa, MS mendapat tempat ke-2, manakala MH pula berada di tempat pertama. Pada sesi saringan (9 Mei), MS berjaya menduduki tempat ke-2 manakal MH terpaksa akur di petak ke-9 setelah dikenakan penalti akibat "jump start". Sesi final menyaksikan pertarungan sengit di antara MS, Mohd Alib (No. 27), Wan Mohd Hadri (No. 39) dan Mohd Hafiz (No. 23). Nasib tidak menyebelahi MS apabila gagal menamatkan perlumbaan setelah mendahului dengan agak selesa (kira-kira 350 meter ke garisan penamat) akibat kehabisan kuasa bateri motosikalnya. MH pula menamatkan sesi final di tempat ke-6 setelah bermula di petak ke-17. Sekali lagi GH-TPB Racing pulang hampa setelah Muhd.Faris (WIRA) gagal layak ke sesi final setelah terbabas di selekoh terakhir semasa sesi saringan. Apapun tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan jumpa di Sepang untuk perlumbaan seterusnya.





Imbasan Batu Kawan 2009




Pada perlumbaan ini sekali lagi pasukan GH-TPB Racing telah berjaya menaiki podium di tempat ke-2. Perlumbaan ini di ungguli oleh Wazir yang menunggang jentera Suzuki manakala ditempat ke-3 pula berjaya dihuni oleh Mazlan Jusoh. Pada tahun 2010, GH-TPB menaruh harapan yang tinggi setelah kegagalan menaiki podium pada pusingan ke-2 yang berlangsung di litar Kluang. Semoga MS dan MH berjaya mencapai sasaran podium pada kali ini.

Friday, May 21, 2010

Aksi Muhd Faris - WIRA



Aksi sulung MF (Muhd Faris) bersama GH-TPB Racing di Litar Kluang 2010.

Wednesday, May 19, 2010

Round 2 - Privateer Final - 2010 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Champio...



Bermulanya perlumbaan pusingan ke-2, siri kejohanan AAM-PETRONAS-MALAYSIAN CUBPRIX 2010. Pada pusingan ini, GH-TPB Racing menyertai kelas Persendirian (MS & MH) daan WIRA (Muhd. Faris). Sesi ujian masa dan kelayakan diungguli oleh MS (No.99), manakala MH (No.21) berada di petak ke-4 untuk permulaan grid final. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, MH telah mengalami kemalangan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, manakala MS berada di tempat pertama bersaing hebat dengan Wan Muhd Hadri (WMH - No.39). Episod malang GH-TPB Racing berterusan apabila MS terjatuh diselekoh U pada lap yang terakhir (lap 10), seterusnya menafikan podium pertama untuk GH-TPB Racing. Bagi MF (Muhd. Faris), pusingan ini merupakan perlumbaan pertama bagi dirinya dalam kelas WIRA. Biarpun gagal melayakkan diri ke perlumbaan final, namun beliau berjaya meningkatkan keyakinan dan mengutip pengalaman berharga pada perlumbaan kali ini.

Friday, May 14, 2010

Imbasan Cub-Prix Kluang 2009


GH-TPB Racing telah berjaya mencapai podium pertama dalam kelas Persendirian melalui Mohd Noor Azizi pada perlumbaan ini. Pada sesi latihan masa (hari Sabtu), nasib tidak menyebelahi GH-TPB Racing kerana jentera MODENAS menghadapi masalah karburetor dan terpaksa memulakan perlumbaan saringan (Heat) di petak terakhir yang akan diadakan keesokan harinya. Pada sesi saringan tersebut, Mohd Noor Azizi telah berjaya mendapat tempat ke-2 setelah masalah karburetor dapat diselesaikan oleh krew pasukan GH-TPB Racing. Pada perlumbaan final, Mohd Noor Azizi telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat Pertama setelah bersaing hebat dengan Md. Nasir Abd. Wahid, dari awal pusingan perlumbaan. Pada musim 2010, GH-TPB Racing akan menampilkan Mohd Syawal (No. 99) dan Mohd Haidi (No. 21) untuk kelas Persendirian ini selaras dengan salah satu objektif GH-TPB Racing - Penampilan bakat-bakat baru Cub-Prix. Semoga MS (Mohd Syawal) dan MH (Mohd Haidi) akan meneruskan kejayaan GH-TPB Racing untuk musim 2010 ini nanti.

Friday, May 7, 2010

CUBPRIX ALOR STAR 2010




Alor Star, Kedah menjadi lokasi pertama bagi siri kejuaraan Malaysian Cub-Prix untuk musim 2010. GH-TPB Racing menyertai perlumbaan sulung ini menerusi Muhd. Syawal dan Mohd. Haidi dalam kategori CP115 untuk pertama kalinya. Nasib tidak menyebelahi GH-TPB Racing apabila kedua-dua pelumba terjatuh semasa pusingan kelayakan berlangsung. Namun begitu, kedua-dua pelumba GH-TPB Racing memperolehi pengajaran dan pengalaman yang amat berharga untuk beraksi di pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Kluang, Johor. Layari www.malaysiancubprix.com untuk keputusan rasmi perlumbaan pusingan pertama.