Monday, May 31, 2010

When to Change Your Motorcycle Tires

Tips mengenai punca kerosakan tayar motosikal dan tanda-tanda kerosakan tayar.

Wednesday, May 26, 2010

Cub Prix Batu Kawan 2010

Antara penonton dan penyokong yang hadir..........

Muhd. Faris..'ngeletar' dengan 'akak' sebelah tu....

MH meratah selekoh ke-2 dengan rakusnya.....

Starting Final Privateer...

Brader sebelah MS tu pemalu jugak orangnya ye....

Kejohanan Cub Prix pusingan ke-3 telah berlangsung pada 8 & 9 Mei bertempat di stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Penyertaan bagi kategori Persendirian mencatatkan rekod sebanyak 48 penyertaan dan dibahagikan kepada 2 kumpulan (A & B - MS kumpulan A dan MH kumpulan B). Pada sesi ujian masa, MS mendapat tempat ke-2, manakala MH pula berada di tempat pertama. Pada sesi saringan (9 Mei), MS berjaya menduduki tempat ke-2 manakal MH terpaksa akur di petak ke-9 setelah dikenakan penalti akibat "jump start". Sesi final menyaksikan pertarungan sengit di antara MS, Mohd Alib (No. 27), Wan Mohd Hadri (No. 39) dan Mohd Hafiz (No. 23). Nasib tidak menyebelahi MS apabila gagal menamatkan perlumbaan setelah mendahului dengan agak selesa (kira-kira 350 meter ke garisan penamat) akibat kehabisan kuasa bateri motosikalnya. MH pula menamatkan sesi final di tempat ke-6 setelah bermula di petak ke-17. Sekali lagi GH-TPB Racing pulang hampa setelah Muhd.Faris (WIRA) gagal layak ke sesi final setelah terbabas di selekoh terakhir semasa sesi saringan. Apapun tahniah dan syabas kepada semua pemenang dan jumpa di Sepang untuk perlumbaan seterusnya.





Imbasan Batu Kawan 2009




Pada perlumbaan ini sekali lagi pasukan GH-TPB Racing telah berjaya menaiki podium di tempat ke-2. Perlumbaan ini di ungguli oleh Wazir yang menunggang jentera Suzuki manakala ditempat ke-3 pula berjaya dihuni oleh Mazlan Jusoh. Pada tahun 2010, GH-TPB menaruh harapan yang tinggi setelah kegagalan menaiki podium pada pusingan ke-2 yang berlangsung di litar Kluang. Semoga MS dan MH berjaya mencapai sasaran podium pada kali ini.

Friday, May 21, 2010

Aksi Muhd Faris - WIRA



Aksi sulung MF (Muhd Faris) bersama GH-TPB Racing di Litar Kluang 2010.

Wednesday, May 19, 2010

Round 2 - Privateer Final - 2010 PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Champio...



Bermulanya perlumbaan pusingan ke-2, siri kejohanan AAM-PETRONAS-MALAYSIAN CUBPRIX 2010. Pada pusingan ini, GH-TPB Racing menyertai kelas Persendirian (MS & MH) daan WIRA (Muhd. Faris). Sesi ujian masa dan kelayakan diungguli oleh MS (No.99), manakala MH (No.21) berada di petak ke-4 untuk permulaan grid final. Sebaik sahaja perlumbaan dimulakan, MH telah mengalami kemalangan dan tidak dapat meneruskan perlumbaan, manakala MS berada di tempat pertama bersaing hebat dengan Wan Muhd Hadri (WMH - No.39). Episod malang GH-TPB Racing berterusan apabila MS terjatuh diselekoh U pada lap yang terakhir (lap 10), seterusnya menafikan podium pertama untuk GH-TPB Racing. Bagi MF (Muhd. Faris), pusingan ini merupakan perlumbaan pertama bagi dirinya dalam kelas WIRA. Biarpun gagal melayakkan diri ke perlumbaan final, namun beliau berjaya meningkatkan keyakinan dan mengutip pengalaman berharga pada perlumbaan kali ini.

Friday, May 14, 2010

Imbasan Cub-Prix Kluang 2009


GH-TPB Racing telah berjaya mencapai podium pertama dalam kelas Persendirian melalui Mohd Noor Azizi pada perlumbaan ini. Pada sesi latihan masa (hari Sabtu), nasib tidak menyebelahi GH-TPB Racing kerana jentera MODENAS menghadapi masalah karburetor dan terpaksa memulakan perlumbaan saringan (Heat) di petak terakhir yang akan diadakan keesokan harinya. Pada sesi saringan tersebut, Mohd Noor Azizi telah berjaya mendapat tempat ke-2 setelah masalah karburetor dapat diselesaikan oleh krew pasukan GH-TPB Racing. Pada perlumbaan final, Mohd Noor Azizi telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat Pertama setelah bersaing hebat dengan Md. Nasir Abd. Wahid, dari awal pusingan perlumbaan. Pada musim 2010, GH-TPB Racing akan menampilkan Mohd Syawal (No. 99) dan Mohd Haidi (No. 21) untuk kelas Persendirian ini selaras dengan salah satu objektif GH-TPB Racing - Penampilan bakat-bakat baru Cub-Prix. Semoga MS (Mohd Syawal) dan MH (Mohd Haidi) akan meneruskan kejayaan GH-TPB Racing untuk musim 2010 ini nanti.

Friday, May 7, 2010

CUBPRIX ALOR STAR 2010




Alor Star, Kedah menjadi lokasi pertama bagi siri kejuaraan Malaysian Cub-Prix untuk musim 2010. GH-TPB Racing menyertai perlumbaan sulung ini menerusi Muhd. Syawal dan Mohd. Haidi dalam kategori CP115 untuk pertama kalinya. Nasib tidak menyebelahi GH-TPB Racing apabila kedua-dua pelumba terjatuh semasa pusingan kelayakan berlangsung. Namun begitu, kedua-dua pelumba GH-TPB Racing memperolehi pengajaran dan pengalaman yang amat berharga untuk beraksi di pusingan seterusnya yang akan berlangsung di Kluang, Johor. Layari www.malaysiancubprix.com untuk keputusan rasmi perlumbaan pusingan pertama.

Thursday, May 6, 2010

GH MOTORWORLD






GH MOTORWORLD adalah anak syarikat kepada GHEE HWA MOTORPOL, yang terkenal sebagai pengedar pelbagai jenis motosikal di Sarawak. Bangunan kedai 3 tingkat GH MOTORWORLD yang terletak di Batu Kawah dilengkapi dengan Bilik Pameran, Servis dan Alat Ganti untuk memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan-pelanggan disekitar bandar dan daerah Batu Kawah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://ghmotor.com.my

PELANCARAN PASUKAN GH-TPB 2010




Pada 28-Mac-2010, Pasukan GH-TPB Racing secara rasminya dilancarkan bertempat di bangunan Ghee Hwa Motorworld, Batu Kawa, Sarawak. Pada tahun ini, pasukan GH-TPB Racing menampilkan tiga pelumba muda yang berasal daripada Taiping, Perak iaitu Muhammad Syawal Md. Noor (18 tahun), Muhammad Haidi Rohim (18 tahun) dan juga Muhammad Faris Ahmad Tajuddin (15 tahun). Majlis pelancaran pasukan GH-TPB Racing telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Syed Aidid (Pengerusi DRB-HICOM) yang turut serta di dalam majlis pembukaan kedai Ghee Hwa (GH) Motorworld. Pada musim 2010 ini GH-TPB Racing akan menyertai perlumbaan AAM-PETRONAS Malaysian Cubprix untuk kategori Persendirian dan juga kategori WIRA. GH-TPB Racing akan menggunakan jentera terbaru MODENAS, iaitu CT110H yang telah diubahsuai untuk kegunaan perlumbaan. Menurut pengurus pasukan GH-TPB Racing Ahmad Rizal Rejab, jentera MODENAS mempunyai kelebihan dari segi pengendalian dan ketahanan yang terbukti, berdasarkan keputusan yang cemerlang pada tahun 2009. Pada tahun lepas, GH-TPB Racing telah berjaya meraih sejumlah 8 podium ( 3 kali tempat Pertama dan 5 di tempat Kedua) melalui pelumba yang berasal dari Johor iaitu Mohd Noor Azizi Nasir. GH-TPB Racing juga mendapat sokongan teknikal daripada jurutera-jurutera dan juruteknik MODENAS Motorsports dalam mengharungi musim 2010. Nantikan laporan seterusnya di setiap lokasi perlumbaan CubPrix 2010.