Friday, May 14, 2010

Imbasan Cub-Prix Kluang 2009


GH-TPB Racing telah berjaya mencapai podium pertama dalam kelas Persendirian melalui Mohd Noor Azizi pada perlumbaan ini. Pada sesi latihan masa (hari Sabtu), nasib tidak menyebelahi GH-TPB Racing kerana jentera MODENAS menghadapi masalah karburetor dan terpaksa memulakan perlumbaan saringan (Heat) di petak terakhir yang akan diadakan keesokan harinya. Pada sesi saringan tersebut, Mohd Noor Azizi telah berjaya mendapat tempat ke-2 setelah masalah karburetor dapat diselesaikan oleh krew pasukan GH-TPB Racing. Pada perlumbaan final, Mohd Noor Azizi telah berjaya menamatkan perlumbaan di tempat Pertama setelah bersaing hebat dengan Md. Nasir Abd. Wahid, dari awal pusingan perlumbaan. Pada musim 2010, GH-TPB Racing akan menampilkan Mohd Syawal (No. 99) dan Mohd Haidi (No. 21) untuk kelas Persendirian ini selaras dengan salah satu objektif GH-TPB Racing - Penampilan bakat-bakat baru Cub-Prix. Semoga MS (Mohd Syawal) dan MH (Mohd Haidi) akan meneruskan kejayaan GH-TPB Racing untuk musim 2010 ini nanti.

No comments:

Post a Comment