Thursday, May 6, 2010

PELANCARAN PASUKAN GH-TPB 2010




Pada 28-Mac-2010, Pasukan GH-TPB Racing secara rasminya dilancarkan bertempat di bangunan Ghee Hwa Motorworld, Batu Kawa, Sarawak. Pada tahun ini, pasukan GH-TPB Racing menampilkan tiga pelumba muda yang berasal daripada Taiping, Perak iaitu Muhammad Syawal Md. Noor (18 tahun), Muhammad Haidi Rohim (18 tahun) dan juga Muhammad Faris Ahmad Tajuddin (15 tahun). Majlis pelancaran pasukan GH-TPB Racing telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Syed Aidid (Pengerusi DRB-HICOM) yang turut serta di dalam majlis pembukaan kedai Ghee Hwa (GH) Motorworld. Pada musim 2010 ini GH-TPB Racing akan menyertai perlumbaan AAM-PETRONAS Malaysian Cubprix untuk kategori Persendirian dan juga kategori WIRA. GH-TPB Racing akan menggunakan jentera terbaru MODENAS, iaitu CT110H yang telah diubahsuai untuk kegunaan perlumbaan. Menurut pengurus pasukan GH-TPB Racing Ahmad Rizal Rejab, jentera MODENAS mempunyai kelebihan dari segi pengendalian dan ketahanan yang terbukti, berdasarkan keputusan yang cemerlang pada tahun 2009. Pada tahun lepas, GH-TPB Racing telah berjaya meraih sejumlah 8 podium ( 3 kali tempat Pertama dan 5 di tempat Kedua) melalui pelumba yang berasal dari Johor iaitu Mohd Noor Azizi Nasir. GH-TPB Racing juga mendapat sokongan teknikal daripada jurutera-jurutera dan juruteknik MODENAS Motorsports dalam mengharungi musim 2010. Nantikan laporan seterusnya di setiap lokasi perlumbaan CubPrix 2010.

1 comment:

  1. caya la bro harap boleh meneraju pasukan ini dgn lebih keterrampilan dan podium berpanjangan

    ReplyDelete